Saturday, October 31, 2009

KARANGAN B.MELAYU SPM




KARANGAN BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1 (1103/1)

1. Warga tua wajar dijaga dan dihargai oleh semua masyarakat. Walaupun bilangan mereka semakin bertambah ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik, pihak kerajaan harus mengambil langkah-langkah tertentu agar kehidupan mereka terus terjamin.

Bincangkan langkah-langkah tersebut.

Tema: Warga tua

Isu: Langkah-langkah untuk memastikan kehidupan warga tua terjamin.

Menulis karangan:

Pendahuluan:

-Bilangan warga emas semakin bertambah – Harus menjaga, menghormati mereka -

2. Isi-isi :

Kerajaan harus memberi lebih banyak insentif kepda mereka – tambang separuh harga untuk semua jenis pengangkutan awam dan potongan harga atau percuma bagi golongan ini yang mendapat rawatan di hospital.

Membina lebih banyak rumah khas untuk warga tua.
- rumah kediaman berhampiran taman atau laut dan dilengkapi kemudahan kesihatan

Mengadakan program bercorak ekonomi yang mamp menjana pendapatan - mesti sesuai dengan keadaan fizikal mereka – warga emas tidak akan bosan

Mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga ini. Pelbagai program perlu diatur- beramah mesra dengan generasi muda – untuk memberi kesedaran betapa mereka saling memerlukan – dapat berkongsi pengalaman yang dialami oleh warga tua.

Kesimpulan:

Warga emas wajar dihormati , dihargai dan disayangi oleh semua lapisan masyarakat.
Pandangan dan nasihat mereka wajar diikuti dan dihormati kerana mereka terlebih dahulu ‘makan garam” - mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh generasi muda.
2. Semangat cinta akan negara perlu dipupuk sejak kecil. Hal ini bagi mengekalkan keamanan, kehamonian dan kesejahteraan di negara kita.

Sebagai pelajar, berikan komen anda berhubung pernyataan tersebut.

Tema : Semangat cinta akan tanah air.

Isu : Langkah-langkah memupuk semangat cinta akan tanah air dan kepentingannya.

Menulis karangan:
1. Pendahuluan:

Mulakan dengan peribahasa: ‘Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya” atau peribahasa Arab yang bermaksud ,“ mendidik anak kecil umpama menglir atas batu, sebaliknya mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air”.

Kajian yang dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan mengakui bahawa didikan ibu bapa terhadap anak-anak kecil mempunyai kesan terhadap perwatakan anak setelah dewasa. Ketika usia masih mud, jiwa dan emosi anak-anak lebih mudah dibentuk dan dididik kea rah menghayati semangat cinta akan negara. Anak-anak akan menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai rujukan untuk mempelajari tingkah laku terpuji termasuk menyemai semangat cinta akan negara.

2. Isi:
1 Peranan ibu bapa dalam menyatakan kepentingannya.

- ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk diikuti
- contoh : menggunakan barangan buatan tempatan.
2 Kempen melalui media massa.

- drama dan filem bertema semangat cinta akan negara
- contoh : filem “Bukit Kepong”.
- Filem dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan negara.
- Iklan pendek
3 Peranan pihak sekolah”

- melalui aktiviti P&P dalam bilik darjah. – Mata pelajaran Sivik dan Sejarah (memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah )

- Melalui aktiviti kokurikulum : Lawatan ke tempat bersejarah, sambutan Bulan Kemerdekaan( sajak, teater, lagu-lagu patriotik)
- - Kempen beli barangan buatan tempatan
2.4 Kesimpulan;

3. Gaya hidup masyarakat Malaysia kian berubah ekoran penggunaan telefon bimbit masa kini.

Berikan pendapat anda berhubung fenomena ini.

Tema: Penggunaan telefon

Isu: Gaya hidup masyarakat berubah.

.Menulis karangan:

1.Pendahuluan:
-Telefon bimbit bukan lagi barangan mewah- barang keperluan- mampu dimiliki oleh semua golongan – ada baik dan buruk.

2.Isi-isi:

Kebaikan:

1. Alat perhubungan yang penting – dapat menghubungi keluarga atau rakan dengan mudah pada waktu gembira atau kecemasan –
-Dapat menghilangkan rasa rindu dengan melihat paparan wajah walaupun berada pada jarak jauh.

2. Membolehkan sebarang maklumat disampai dan diterima dengan mudah dan cepat- maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah, hal-hal pelajaran dan saling bertukar maklumat.

Keburukan:

1. Hubungan masyarakat semakin renggang – tidak mempeduli masyarakat sekeliling dan rakan-rakan – aktiviti terhad

2. Menggunakan untuk menyebar maklumat palsu, berunsur hasutan , fitnah , khabar-khabar angin serta gambar-gambar lucah.

3. Pelajar hilang tumpuan untuk belajar – leka dengan SMS, tidak minat belajar dan berkeinginan tinggi untuk memiliki telefon yang lebih canggih –


Kesimpulan:

Penggunaan telefon bimbit harus dikawal – Ibu bapa harus mengawasi penggunaan telefon dalam kalangan anak-anak – Semua pihak perlu bekerjasama.

4. Kegiatan lumba haram sering menjadi ikutan remaja masa kini. Ibu bapa sering dipersalahkan apabila anak-anak terlibat dalam gejala tersebut.
Pada pendapat anda, wajarkah ibu bapa dipersalahkan dalam hal ini?

Beri komen anda berhubung isu tersebut.

Tema: lumba haram

Isu: Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam penglibatan anak-anak.

Menulis karangan:

1.Pendahuluan:

-Definisi lumba haram.
-Golongan yang terlibat, biasanya secara berkumpulan.
-Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya

2. Isi:

1 Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam mengawal kegiatan anak-anak(punca).

- ibu bapa sibuk mencari rezeki/bekerja sehingga ketiadaan masa untuk mengawal pergerakan anak-anak – letih selepas pulang dari bekerja.


2 Ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak – tiada/kurang kawalan.
- menurut segala kemahuan/keinginan anak-anak – membeli motor
menyebabkan nereka menjadi liar.
Ungkapan menarik yang sesuai: “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, “sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.”


3. Faktor lain/punca lain:

1.Sikap remaja itu sendiri – ingin mencuba, menunjukkan kehebatan apabila berada di jalan raya., tidak mahu dikongkong dan pantang dicabar.

2.Pengaruh persekitaran dan rakan sebaya yang suka berlumba.
-Pengaruh melalui media elektronik (filem/ televisyen) yang memaparkan aksi-aksi hebat Mat Rempit di jalan raya dan remaja cuba meniru.

-Masyarakat tidak ambil peduli /kurang teguran ( Ungkapan menarik : “jaga tepi kain orang,” “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” )
4. Langkah-langkah:

- Ibu bapa perlu lebih prihatin – bertindak tegas terhadap anak-anak.
- Penguatkuasaan undang-undang, rondaan lebih kerap, pasang kamera litar tertutup.
- Kempen, ceramah.

5. Kesimpulan :

Semua pihak perlu bekerjasama
Ungkapan menarik : “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.



Semangat kejiranan kini semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Bincangkan punca-punca mengapa semangat ini semakin luntur dan sarankan pelbagai langkah bagi menangani permasalahan tersebut.

Tema : Semangat kejiranan

Isu ; Punca-punca dan langkah-langkah

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:
Maksud jiran dan semangat kejiranan.
-Bandingkan semangat kejiranan dahulu dan sekarang
-Dahulu – rapat. Ungkapan menarik – “ hidup sandar menyandar seperti aur dengan tebing”.
-Sekarang – renggang - Ungkapan menarik – “ bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”

2. Isi – Punca-punca

1 Perubahan hidup masyarakat sekarang- terlalu sibuk mencari rezeki, mengejar kebendaan, kemewahan dan gaya hidup (keluar awal pagi, pulang pada waktu malam). Kesannya, tidak sempat bertegur sapa/ mengenali jiran tetangga.

- Pekerjaan masyarakat dahulu lebih bercorakkan pertanian di kawasan luar bandar.Konsep gotong royong menjadi amalan bersandar kepada peribahasa, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.
2 Kemajuan dalam bidang teknologi mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan yang mengurangkan amala kunjung –mengunjungi’
- Sajian pelbagai program menarik melalui media elektronik menyebabkan masyarakat leka dan tidak menghiraukan jiran tetangga.
- Masa dihabiskan di hadapan skrin televisyen.

3. Langkah-langkah:

1 Menghidupkan kembali amalan bergotong –royong – masyarakat akan saling bekerjasama seperti membersih kawasan kediaman, memperbaiki alat-alat permainan dan menebas semak-samun.
- elakkan daripada “nasi menjadi bubur”.

2 Kempen amalan rumah terbuka –
-pada musim perayaan – dapat mengenali jiran tetangga
-kenduri-kendara
-majlis keramaian
-kempen melalui media elektronik/media cetak tentang pentingnya hubungam kejiranan.


4 .Kesimpulan:

-Semangat kejiranan penting untuk negara(pelbagai bangsa, agama dan budaya dalam usaha pemupukan semangat perpaduan.
- Ungkapan menarik- “Jiran sepakat membawa berkat”.








No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Followers