Monday, November 16, 2009

ANTOLOGI KERUSI

KOMSAS: CERPEN: LAMBAIAN MALAR HIJAU
VIRUS ZEL UNTUK ABAH
ANNYSS SOPHILLEA
DRAMA: SERUNAI MALAM



Soalan 2(b) Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Daneng tak ingin menyambung pelajaran?” Terlontar soalan itu daripada mulut
Jo. “Tidak!” jawabnya setelah membisu seketika.
“Mengapa?” “Saya tak ingin meninggalkan tempat ini,” jawabnya terputus-putus. “Bukankah merugikan?”
“Kamu salah seorang pelajar yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan PMR di sekolah asrama pada tahun lepas. Bukankah merugikan jika tidak menyambung pelajaranmu?”
Daneng tersenyum sinis. “Sudah saya dengar hujah ini berpuluh kali. Saya sudah
bosan. Cikgu tak faham perasaan saya. Sebenarnya cikgu tak kenal Daneng.”
“Cikgu faham. Tetapi keputusan kamu mungkin bukan yang sebaik-baiknya.
Kamu perlu melihat dari semua segi.”
“Perkara terbaik untuk saya ialah berada di sini. Di tempat ini, nenek moyang saya hidup dan bersemadi. Jiwa saya terikat pada pohon tualang. Pada bukit-bukit ini. Pada pohon-pohon ini. Menghidu keenakan udara jati tempat ini, satu kemestian. Memanjat pokok, mendaki gunung, menuruni lurah, memetik buah-buahan hutan, memancing ikan, berjalan berkaki ayam. Inilah kehidupan bagi saya. Saya mendambakan kehidupan di hutan ini. Inilah Daneng, cikgu,” hujahnya.
(Dipetik danipada “Lambaian Malar Hijau”, oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan
dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Apakah keputusan Daneng apabi1a menjawab pertanyaan daripada Cikgu Jo?
[3 markah]
(ii) Andaikan anda Cikgu Jo, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk memujuk
Daneng agar menyambung pelajarannya? [3 markah]

(iii) Huraikan dua latar masyarakat berdasarkan petikan cerpen dan satu latar
masyarakat daripada keseluruhan cerpen. [3 markah]








Soalan 2(b) Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

— Abah tak pernah cuba faham perasaan Zel.
- Jangan cakap begitu, Zel. Zel silap....
- Oh abah, Zel memang selalu silap. Zel memang anak abah yang selalu talc pemah betul. Tapi abah sejak dulu
tak pernah cuba untuk mengerti, memahami tentang din Zel. Tentang keinginan Zel. Tentang harapan Zel. Tentang masa depan ZeL Ah, abah …abah …abah ... Zel benar-benar kecewa! Cukup kecewa dengan apa yang telah berlaku antara abah, ma, dan Zel. Zel kecewa dengan keadaan keluarga kita, abah. — Abah tak dapat berbuat apa-apa. Ma Zel terlalu keras. Abah tak dapat lagi untuk membentuknya sebagai isteri abah. Ma terlalu keras.
- Tapi abah seorang lelaki. Seorang suami. Abah seharusnya lebih dalam segala-galanya. Abah sepatutnya... — Ya, mungkin abah atau ma sendiri yang silap. Silap abah yang tidak mengukur baju di badan sendiri ketika memilih ma dulu. Atau mungkin silap ma yang lebih banyak menerima abah dengan simpati daripada keikhlasan hati. Ah, abah tak sepatutnya ceritakan ini semua kepada Zel. Zel tidak perlu tahu ini semua. — Abah, Zel dah hampir 20 tahun. Anak abah ni dah dewasa. Jangan abah lupa, Zel sebahagian daripada abah dan mama. Akhimya kuperoleh juga kesempatan yang telah kuintai hampir sekian lama untuk meluahkannya. Meluahkan segalanya kepada abah.
(Dipetik daripada “Virus Zel untuk Abah”,
oleh Mawar Shafie dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa tidak mengukur baju di badan sendiri?
Mengapakah abah berkata sedeniikian? [3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Zel memberontak terhadap abahnya?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Zel berdasarkan petikan di atas dan dua perwatakan
Zel dalam keseluruhan cerpen. [3 markah]














Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAFIAH: (Tegas dan keras) I setuju kalau mahasiswa-mahasiswa yang keluar dan
universiti duduk di kota-kota. Apa yang boleh dibuat di kampung?
UMAR: (Perlahan tapi tegas) Untuk mengubah hutan menjadi baru. Mengubah
daerah belukar menjadi pekan.
SAFIAH: You punya kampung minded ni dahsyat benar, (Memalingkan mukanya
kecewa. Kedua-duanya membisu. Umar merokok dalam ketenangannya).

SAFIAH: (Berpaling kepada Umar, memohon setengah menangis) Mar, kau tunangku! Hakku sebagai tunang untuk melihat kebahagiaan kita bersama.
UMAR: (Tidak bergerak) Aku bahagia dengan caraku.
SAFIAH: (Memegang lengan Umar, merayu manja) Aku ingin mendapat sekali peluang ke luar negeri, duduk di sana.
UMAR: (Menoleh memandang kekasihnya, nada lembut sedikit) Mungkin satu
hari nanti, Piah.
SAFIAH: (Kesal kerana gagal) Tidak! Sekarang inilah peluangnya! Kau harus
menentukan masa depanmu. (Wajah Umar beku semula. Dia berpaling,
merokok, membisu. Safiah memandangnya dengan kesal) Kalau aku jadi
kau, kalau aku jadi lelaki masuk universiti, aku akan membahagiakan tunangku.
(Dipetik daripada drama “Serunai Malam”
karya Usman Awang dalam Antologi
Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)



(i) Apakah ciri-ciri seorang mahasiswa menurüt pandangan Safiah seperti yang terdapat dalam petikan tersebut? [3 markah]

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah Umar tidak bersetuju dengan permintaan Safiah? [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Safiah seperti yang tergambar dalam petikan dan dua
perwatakan lain daripada drama tersebut. [3 markah]



Soalan 2(b) Cerpen Annyss Sophillea

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Annyss tidak ingin meruntun kepiluannya sebegini lama. Sebuah kalung yang
berbuahkan loket permata berbentuk dedaman digenggam dalam tapak tangannya yang
comel. Sementara bibirnya yang mongel mengucapkan sesuatu yang asing pada
pendengaran Akmal. Kesemua jemarinya dikucup dan dihimpunkan lalu diletakkan di
tengah-tengah dahinya.

Serentak dengan itu, ada sebutir bintang yang cahayanya kian memancar,
lantas menjadi terang dan turun merendah ke Bumi. Akmal sedikit pun tidak menegur
segala perilaku Annyss. Dia mengerti. Semua fenomena aneh ini ada hubung kait dengan
perbuatan Annyss sebentar tadi.

Setelah ia kian menghampiri mereka, ternyata bintang itu sebenarnya
suatu objek asing berbentuk seakan-akan seekor kuda putih. Anehnya, kuda itu bersayap
perak dan tepinya ditinta warna keemasan. Bulu tengkuknya lebat berombak. Pada
dahinya tercacak tanduk tunggal. Haiwan itu melayang turun, kakinya yang tegap
mendarat dengan kemas di atas pasir pantai yang halus.

( Dipetik daripada cerpen “Annyss Sophillea” oleh Nisah Haji Harun
Dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)




(i) Apakah yang dilakukan oleh Annyss ketika berada dalam keadaan sedih?
( 3 markah )

(ii) Sekiranya anda berhadapan dengan orang yang berada dalam keadaan sedih, apakah yang akan anda lakukan?
( 3 markah )

(iii) Jelaskan satu persoalan daripada cerpen di atas dan dua persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.
( 3 markah )


















Soalan 2(b) Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


IBU : Kata Piah kau datang pukul sepuluh tadi.

UMAR : Ada kerja sikit. ( Ketawa kecil ) Sibuk memilih jubah.

IBU : ( Hairan memandang muka Umar ) Apa? Jubah? Jubah apa?

UMAR : ( Ketawa ) Jubah tu nak dipakai petang nanti.

IBU : ( Hairan lagi ) Buat apa pakai jubah pula? Yang mak cik tahu haji sahaja yang dipakai jubah!

UMAR : ( Tersenyum ) Ini pun macam haji juga, mak cik. Masa nak menerima degree kenalah pakai jubah. Inikan rukun di universiti. ( Memandang ke pintu ) Piah mana?

IBU : Ke bilik mandi agaknya. ( Diam seketika ) Ayah dan maknya akan datang nanti?

UMAR : Dalam suratnya kelmarin begitulah. Saya ingat dah sampai.

IBU : Belum. Agaknya sekejap lagi. Mak cik pun lupa, baik Piah mengingatkan. Eh, ke mana budak ni…! ( Memanggil ) Piah! Piaah!

UMAR : Tak apalah, mak cik.

SAFIAH : ( Berdiri di pintu belakang Umar ) Yalah, memang tak apa…
( Umar tersentak dan bangun mendapatkan Safiah, tetapi terasa kekok sedikit di hadapan ibu Safiah, terhenti dan hanya tersenyum memandang Safiah. Safiah tidak membalas senyumannya )

SAFIAH : ( Merungut, kesal, dan merajuk ) Janji pukul sepuluh…

UMAR : ( Nada rasa bersalah ) I ada hal tadi…

( Dipetik daripada drama ‘Serunai Malam’ oleh Usman Awang
dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000 hal. 126 )



(i) Mengapakah Safiah memarahi Umar?

(ii) Sekiranya anda ialah Umar, apakah yang anda akan lakukan untuk meredakan kemarahan Safiah?

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang cuba disampaikan oleh pengarang drama ini.































JAWAPAN SOALAN CERPEN: LAMBAIAN MALAR HIJAU
VIRUS ZEL UNTUK ABAH
ANNYSS SOPHILLEA
DRAMA : SERUNAI MALAM







Soalan 2(b) Petikan Cerpen Lambaian Malar Hijau
(i) Apabila menjawab soalan cik gu Jo, Daneng mengambil keputusan tidak
mahu meninggalkan tempat kelahirannya (1m), dia tetap dengan pendiriannya untuk terus menetap di dalam hutan (1m) dan ingin memperhambakan dirinya kepada hutan (1m) [3 markah]



(ii) Andaikan saya cik gu Jo, tindakan yang akan saya ambil untuk memujuk Daneng agar menyambung pelajarannya ialah saya tidak akan berputus asa untuk terus memujuk Daneng sehingga berjaya ( 1m). Selain itu, saya juga akan memujuk ibu Daneng agar menasihatinya (1m) dan akan meminta kerjasama daripada kaunselor sekolah untuk memujuk Daneng agar
mengubah pemikirannya ke arah yang lebih positif (1m)
[3 markah]


(iii) Dua latar masyarakat berdasarkan petikan cerpen ialah masyarakat yang prihatin, buktinya Cikgu Jo amat niengambil berat tentang kehidupan Daneng dan masa depannya ( 1m) dan masyarakat yang tinggal di desa/ pedalaman, buktinya Daneng dan nenek moyangnya sudah sebati dengan kehidupan di dalam hutan yang cukup menyenangkan (1m)Satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen ialah masyarakat yang suka berbudi dan baik hati, buktinya ibu Daneng membekalkan
petai kepada Cikgu Jo untuk dibawa pulang (1m) [3 markah]




Soalan 2(b) Petikan Cerpen Virus Zel Untuk Abah

(i) Maksud frasa tidak mengukur baju di badan sendiri ialah setiap
pekerjaan yang dilakukan hendaklah bersesuaian dengan kemampuan/kebolehan diri sendiri ( 1 m)
Abah berkata demikian, kerana menganggap dirinya bersalah/membuat pilihan yang salah ( 1m).Dia juga mengakui kesilapannya kerana tidak mengukur kemampuannya menjadi suami yang sesuai kepada mama Zel
( 1m ) dan dia kecewa kerana gagal membentuk mama Zel sebagai isteri
( 1m )
[ Pilih tiga sahaja ] [3 markah]


(ii) Pada pendapat saya, Zel memberontak terhadap abah kerana dia kecewa
akan apa-apa yang berlaku antara abah, mama, dengan dirinya (1 m) Dia juga tidak dapat menerima perpisahan abah dan mamanya (1 m)
Selain itu, dia berpendapat abahnya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik (1m ), tidak mahu mendengar/ memahami/ mengerti tentang keinginannya ( 1m) dan abahnya gagal sebagai lelaki/suami kerana tidak dapat membentuk isterinya (1m)
Serta abahnya tidak mengambil tindakan yang wajar untuk membaiki kepineangan keluarganya (1m)
[ Pilih tiga sahaja ] [3 markah]

(iii) Satu perwatakan Zel dalam petikan ialah dia seorang yang bijak berhujah,
buktinya Zel berterus-terang menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap abahnya (1m)Dua perwatakan Zel dalam keseluruhan cerpen ialah penyayang, buktinya Zel amat menyayangi mama dan keluarganya (1m) dan pcndendam, buktinya Zel ingin menghantar virus ZEL bagi merosakkan program
ZQ 1308 milik keluarga abahnya kerana marah ( 1 m) [3 markah]






Soalan 2(b) Petikan Drama Serunai Malam

(i) Ciri-ciri seorang mahasiswa menurut pandangan Saflah, mahasiswa
mestilah tinggal di kota-kota setelah tamat pengajian.( 1 m ) Mahasisiwa
juga patut bekerja di luar negeri ( 1 m ) dan mereka tidak sesuai untuk
tinggal di kampung. (1 m) [3 markah]

(ii) Pada pandangan saya, Umar tidak bersetuju dengan pandangan Safiah
kerana dia mahu membangunkan kampungnya ( 1 m). Dia juga ingin meningkatkan taraf hidup penduduk kampung, ( 1m ) di samping mencurahkan bakti mendidik anak-anak bangsanya.(1 m) Umar juga memang berasal dari kampung dan lebih senang hidup dalam suasana kampung. ( 1 m) [3 markah]


(iii) Satu perwatakan Safiah seperti yang tergambar dalam petikan ialah dia
seorang yang mementingkan kehidupan selesa di bandar ( 1m ). Selain
itu, dia juga seorang yang tegas dan mahu kehendaknya dituruti.( 1m)
Akhir sekali, Safiah digambarkan sebagai seorang yang suka memandang
rendah terhadap kampung.( 1m ) [3 markah]



Soalan 2(b) Petikan Cerpen Annyss Sophillea

(i) Apabila berada dalam keadaan sedih, Annyss segera menggenggam loket permata.(1m) Bibirnya pula mengucapkan sesuatu yang tidak difahami oleh orang lain. (1m) Kemudian. Annyss mengucup jejarinya ( 1m) lalu diletakkan jejarinya itu di dahi.(1m)
Pilih tiga jawapan sahaja.


(ii) Sekiranya saya berhadapan dengan orang yang berada dalam keadaan sedih, saya akan meminta orang itu meluahkan apa-apa sahaja yang terbuku di hatinya agar rasa kesedihan itu berkurangan.(1m) Kemudian saya akan memujuknya dengan menganggap apa-apa sahaja yang berlaku merupakan dugaan daripada Tuhan.( 1m) Seterusnya, saya akan membantu masalah yang dihadapinya dengan kemampuan yang saya ada.( 1m)


(iii) Satu persoalan dalam petikan di atas ialah persahabatan dua insan daripada dunia yang berbeza, contohnya Akmal dari Bumi berkawan dengan Annyss dari dunia lain.(1m) Persoalan yang lain ialah kasih sayang mengatasi segala-galanya, contohnya Annyss sanggup mencari Eyrique demi kasih sayangnya.(1m ) Selain itu, orang yang berniat buruk akan menerima pembalasan, contohnya Strenn berjaya dibunuh akibat perasaan tamaknya untuk merebut kuasa.(1m)

SKEMA JAWAPAN SOALAN KOMSAS
SET 2:
CERPEN DAN DRAMA


Soalan 2 (b) — Petikan Cerpen Virus Zel Untuk abah
(i) Nasihat Win kepada Zel ialah sebagai seonang bakal pengamal undang-
undang, Zel jangan memarahi sikap abahnya.(1m). Dia hendaklah
mengingati pesanan mamanya bahawa manusia banyak betajar dan dewasa daripada bencana. (1m), apa yang berlaku hendaklah dijadikan pengajaran ( 1m ) dan jangan membalas dendam. (1m)
[Pilih tiga sahaja ] [3 markah]



(ii) Pada pendapat saya, ibu tunggal seperti mama pada zaman moden ini mampu berdikari kerana mereka mempunyai pekerjaan dan dengan
pekerjaan tersebut memperoleh gaji untuk menampung keluarga. (1m) mereka juga mempunyai ilmu pengetahuan dan dengan ilmu itu mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. (1m) dan masyarakat sekeliling tidak berprasangka buruk kepada ibu tunggal memudahkan mereka meneruskan kehidupan.
[Pendapat yang sesuai diterima.] [3 markah]



(ii) Satu nilai murni daripada petikan ialah baik hati, contohnya Win
menasihati Zel agar sabar menghadapi cabaran yang berlaku, khususnya
akibat perpisahan abah dan mamanya.(1m) Dua nilai murni daripada
cerpen ialah kasih sayang, contohnya mama sayang akan Zel,
anaknya.(1m) dan nilai kerajinan, contohnya mama gigih menjalankan
perniagaan komputer. (1m)
[3 markah]

Saturday, October 31, 2009

KARANGAN B.MELAYU SPM




KARANGAN BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1 (1103/1)

1. Warga tua wajar dijaga dan dihargai oleh semua masyarakat. Walaupun bilangan mereka semakin bertambah ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik, pihak kerajaan harus mengambil langkah-langkah tertentu agar kehidupan mereka terus terjamin.

Bincangkan langkah-langkah tersebut.

Tema: Warga tua

Isu: Langkah-langkah untuk memastikan kehidupan warga tua terjamin.

Menulis karangan:

Pendahuluan:

-Bilangan warga emas semakin bertambah – Harus menjaga, menghormati mereka -

2. Isi-isi :

Kerajaan harus memberi lebih banyak insentif kepda mereka – tambang separuh harga untuk semua jenis pengangkutan awam dan potongan harga atau percuma bagi golongan ini yang mendapat rawatan di hospital.

Membina lebih banyak rumah khas untuk warga tua.
- rumah kediaman berhampiran taman atau laut dan dilengkapi kemudahan kesihatan

Mengadakan program bercorak ekonomi yang mamp menjana pendapatan - mesti sesuai dengan keadaan fizikal mereka – warga emas tidak akan bosan

Mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga ini. Pelbagai program perlu diatur- beramah mesra dengan generasi muda – untuk memberi kesedaran betapa mereka saling memerlukan – dapat berkongsi pengalaman yang dialami oleh warga tua.

Kesimpulan:

Warga emas wajar dihormati , dihargai dan disayangi oleh semua lapisan masyarakat.
Pandangan dan nasihat mereka wajar diikuti dan dihormati kerana mereka terlebih dahulu ‘makan garam” - mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh generasi muda.
2. Semangat cinta akan negara perlu dipupuk sejak kecil. Hal ini bagi mengekalkan keamanan, kehamonian dan kesejahteraan di negara kita.

Sebagai pelajar, berikan komen anda berhubung pernyataan tersebut.

Tema : Semangat cinta akan tanah air.

Isu : Langkah-langkah memupuk semangat cinta akan tanah air dan kepentingannya.

Menulis karangan:
1. Pendahuluan:

Mulakan dengan peribahasa: ‘Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya” atau peribahasa Arab yang bermaksud ,“ mendidik anak kecil umpama menglir atas batu, sebaliknya mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air”.

Kajian yang dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan mengakui bahawa didikan ibu bapa terhadap anak-anak kecil mempunyai kesan terhadap perwatakan anak setelah dewasa. Ketika usia masih mud, jiwa dan emosi anak-anak lebih mudah dibentuk dan dididik kea rah menghayati semangat cinta akan negara. Anak-anak akan menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai rujukan untuk mempelajari tingkah laku terpuji termasuk menyemai semangat cinta akan negara.

2. Isi:
1 Peranan ibu bapa dalam menyatakan kepentingannya.

- ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk diikuti
- contoh : menggunakan barangan buatan tempatan.
2 Kempen melalui media massa.

- drama dan filem bertema semangat cinta akan negara
- contoh : filem “Bukit Kepong”.
- Filem dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan negara.
- Iklan pendek
3 Peranan pihak sekolah”

- melalui aktiviti P&P dalam bilik darjah. – Mata pelajaran Sivik dan Sejarah (memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah )

- Melalui aktiviti kokurikulum : Lawatan ke tempat bersejarah, sambutan Bulan Kemerdekaan( sajak, teater, lagu-lagu patriotik)
- - Kempen beli barangan buatan tempatan
2.4 Kesimpulan;

3. Gaya hidup masyarakat Malaysia kian berubah ekoran penggunaan telefon bimbit masa kini.

Berikan pendapat anda berhubung fenomena ini.

Tema: Penggunaan telefon

Isu: Gaya hidup masyarakat berubah.

.Menulis karangan:

1.Pendahuluan:
-Telefon bimbit bukan lagi barangan mewah- barang keperluan- mampu dimiliki oleh semua golongan – ada baik dan buruk.

2.Isi-isi:

Kebaikan:

1. Alat perhubungan yang penting – dapat menghubungi keluarga atau rakan dengan mudah pada waktu gembira atau kecemasan –
-Dapat menghilangkan rasa rindu dengan melihat paparan wajah walaupun berada pada jarak jauh.

2. Membolehkan sebarang maklumat disampai dan diterima dengan mudah dan cepat- maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah, hal-hal pelajaran dan saling bertukar maklumat.

Keburukan:

1. Hubungan masyarakat semakin renggang – tidak mempeduli masyarakat sekeliling dan rakan-rakan – aktiviti terhad

2. Menggunakan untuk menyebar maklumat palsu, berunsur hasutan , fitnah , khabar-khabar angin serta gambar-gambar lucah.

3. Pelajar hilang tumpuan untuk belajar – leka dengan SMS, tidak minat belajar dan berkeinginan tinggi untuk memiliki telefon yang lebih canggih –


Kesimpulan:

Penggunaan telefon bimbit harus dikawal – Ibu bapa harus mengawasi penggunaan telefon dalam kalangan anak-anak – Semua pihak perlu bekerjasama.

4. Kegiatan lumba haram sering menjadi ikutan remaja masa kini. Ibu bapa sering dipersalahkan apabila anak-anak terlibat dalam gejala tersebut.
Pada pendapat anda, wajarkah ibu bapa dipersalahkan dalam hal ini?

Beri komen anda berhubung isu tersebut.

Tema: lumba haram

Isu: Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam penglibatan anak-anak.

Menulis karangan:

1.Pendahuluan:

-Definisi lumba haram.
-Golongan yang terlibat, biasanya secara berkumpulan.
-Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya

2. Isi:

1 Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam mengawal kegiatan anak-anak(punca).

- ibu bapa sibuk mencari rezeki/bekerja sehingga ketiadaan masa untuk mengawal pergerakan anak-anak – letih selepas pulang dari bekerja.


2 Ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak – tiada/kurang kawalan.
- menurut segala kemahuan/keinginan anak-anak – membeli motor
menyebabkan nereka menjadi liar.
Ungkapan menarik yang sesuai: “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, “sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.”


3. Faktor lain/punca lain:

1.Sikap remaja itu sendiri – ingin mencuba, menunjukkan kehebatan apabila berada di jalan raya., tidak mahu dikongkong dan pantang dicabar.

2.Pengaruh persekitaran dan rakan sebaya yang suka berlumba.
-Pengaruh melalui media elektronik (filem/ televisyen) yang memaparkan aksi-aksi hebat Mat Rempit di jalan raya dan remaja cuba meniru.

-Masyarakat tidak ambil peduli /kurang teguran ( Ungkapan menarik : “jaga tepi kain orang,” “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” )
4. Langkah-langkah:

- Ibu bapa perlu lebih prihatin – bertindak tegas terhadap anak-anak.
- Penguatkuasaan undang-undang, rondaan lebih kerap, pasang kamera litar tertutup.
- Kempen, ceramah.

5. Kesimpulan :

Semua pihak perlu bekerjasama
Ungkapan menarik : “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.



Semangat kejiranan kini semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Bincangkan punca-punca mengapa semangat ini semakin luntur dan sarankan pelbagai langkah bagi menangani permasalahan tersebut.

Tema : Semangat kejiranan

Isu ; Punca-punca dan langkah-langkah

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:
Maksud jiran dan semangat kejiranan.
-Bandingkan semangat kejiranan dahulu dan sekarang
-Dahulu – rapat. Ungkapan menarik – “ hidup sandar menyandar seperti aur dengan tebing”.
-Sekarang – renggang - Ungkapan menarik – “ bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”

2. Isi – Punca-punca

1 Perubahan hidup masyarakat sekarang- terlalu sibuk mencari rezeki, mengejar kebendaan, kemewahan dan gaya hidup (keluar awal pagi, pulang pada waktu malam). Kesannya, tidak sempat bertegur sapa/ mengenali jiran tetangga.

- Pekerjaan masyarakat dahulu lebih bercorakkan pertanian di kawasan luar bandar.Konsep gotong royong menjadi amalan bersandar kepada peribahasa, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.
2 Kemajuan dalam bidang teknologi mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan yang mengurangkan amala kunjung –mengunjungi’
- Sajian pelbagai program menarik melalui media elektronik menyebabkan masyarakat leka dan tidak menghiraukan jiran tetangga.
- Masa dihabiskan di hadapan skrin televisyen.

3. Langkah-langkah:

1 Menghidupkan kembali amalan bergotong –royong – masyarakat akan saling bekerjasama seperti membersih kawasan kediaman, memperbaiki alat-alat permainan dan menebas semak-samun.
- elakkan daripada “nasi menjadi bubur”.

2 Kempen amalan rumah terbuka –
-pada musim perayaan – dapat mengenali jiran tetangga
-kenduri-kendara
-majlis keramaian
-kempen melalui media elektronik/media cetak tentang pentingnya hubungam kejiranan.


4 .Kesimpulan:

-Semangat kejiranan penting untuk negara(pelbagai bangsa, agama dan budaya dalam usaha pemupukan semangat perpaduan.
- Ungkapan menarik- “Jiran sepakat membawa berkat”.








Friday, October 30, 2009

Panitia bahasa Melayu

Pertama kali aku belajar membina blog untuk panitia bahasa Melayu. Sungguh menyeronokkan.Ilmu yang sangat berguna untuk semua warga pendidik...

Followers